Soalan-soalan Lazim

1. Bagaimana untuk membuat aduan mengenai Kementerian Kerja Raya?
2. Bagaimanakah caranya untuk membuat aduan mengenai kerosakan Jalan Persekutuan?
3. Bagaimana untuk membuat aduan secara online?
4. Bagaimanakah cara menggunakan sistem on-line Hari Bertemu Pelanggan (HBP) KKR?
5. Adakah aduan boleh dikemukakan di program Hari Bertemu Pelanggan secara online?

1. Bagaimana untuk membuat aduan mengenai Kementerian Kerja Raya?

Sebarang aduan yang melibatkan Kementerian Kerja Raya boleh dibuat melalui e-Aduan yang terdapat di Portal Kementerian Kerja Raya atau melalui emel pro@kkr.gov.my.

2. Bagaimanakah caranya untuk membuat aduan mengenai kerosakan Jalan Persekutuan?

Sebarang aduan kerosakan Jalan Persekutuan boleh dibuat melalui talian bebas tol 1-800-88-5004 atau melalui portal web KRK iaitu e-Aduan.

3. Bagaimana untuk membuat aduan secara online?

Sila buat aduan secara online melalui e-Aduan di url berikut: http://www.kkr.gov.my/kkrportal/kkrportal?cid=HelpDesk&JavaScript=enable

4. Bagaimanakah cara menggunakan sistem on-line Hari Bertemu Pelanggan (HBP) KKR?

KKR telah melaksanakan kaedah pelaksanaan HBP secara online yang mana pelanggan KKR atau orang ramai boleh melayari laman web KKR dan click kepada butang Hari Bertemu Pelanggan KKR.

5. Adakah aduan boleh dikemukakan di program Hari Bertemu Pelanggan secara online?

Ya. Pelanggan atau orang ramai boleh mengemukakan aduan terus kepada kaunter-kaunter Bahagian/Jabatan/Agensi yang disediakan semasa program Hari Bertemu Pelanggan diadakan.